Wednesday, April 8, 2009

Bintang Mirifm 2009


Rancangan “Bintang Mirifm” atau dulunya dikenali sebagai “Aram Berlagu Karaoke” adalah sebuah rancangan berbentuk hiburan terbitan Perkhimatan Iban Mirifm diman pendengar akan menyanyi lagu karaoke yang dimainkan di studio melalui talian telefon dan disiarkan secara live. Rancagan ini disiarkan pada setiap Ahad jam 2.00—3.00 petang
Rancangan “ Bintang Mirifm” telah diterbitkan julung kalinya oleh Perkhimatan Iban , RTM Miri pada tahun 1995 hingga 1999. Pada tempoh tersebut, rancangan ini telah menarik ramai penyertaan terutamanya dari kawasan Miri, Marudi,Long Lama, Bakong/ Lapok , Bekenu, Niah juga dari Bintulu , Tatau, Balingian/ Mukah termasuk pendengar dari Kuala Belait, Brunei. Rancangan ini diminati ramai kerana pada masa itu hanya RTM Miri sahaja ( siaran etnik) yang menerbitkan rancangan sedemikian rupa.
Menerusi rancangan ini, lahirnya bintang– bintang popular / artis rakaman iban seperti Rickie Andrewson, Jacky Inchun, Lily Stephen, W innie Chai, Florie, Elizabeth Patrick , Regina Patrick dan Morrison Jeffry ( Mendiang )
Rancangan ini diberhentikan atas sebab—sebab tertentu mulai tahun 1999. Pada tahun 2005, hasil daripada respons dan sokongan pendengar rancangan ini dihidupkan semula bertepatan dengan Penjenamaan Semula RTM pada 02 April 2005